|
|
|
|
|
K 4629 A,
Tingkat Bawah
Jalan Penghiburan
24000 Kemaman
Terengganu |
|

Tel: 09-858
1515
Fax: 09-859 5515 |
|
 |
|

Ehsan Dagang Sdn. Bhd. di tubuhkan pada
17 Oktober 2000. Adalah sebuah syarikat milik
Bumiputera yang menjalankan aktiviti pengilangan
Perabot Besi Dan Kayu. Berbekalkan pengalaman
dan semangat berniaga, syarikat ini telah
berjaya mengharungi tahun pertamanya dengan
cemerlang sekali.
Bersyukur kepada ALLAH S.W.T, permintaan bagi
barangan yang berasaskan besi (perabot besi)
begitu membanggakan. Dan sepanjang penglibatan
kami dalam sektor ini, kami dapati ia berpotensi
untuk pergi lebih jauh. Dan kurangnya
penglibatan bumiputera dalam sektor ini
membuatkan kami tercabar untuk membuktikan
bahawa kami juga mampu seperti kaum-kaum lain.
Kami boleh berbangga kerana dalam tempoh yang
singkat ini Ehsan Dagang sudah mampu untuk
bersaing terutama dalam aspek kualiti,
penghantaran, pemasangan, harga dan perkhidmatan
yang disediakan. Dengan bantuan tenaga kerja
100% rakyat tempatan , kami berusaha untuk maju
kehadapan dan menjadi peneraju dalam sektor ini.
Insya-Allah.
   
|